KASYAF THE MOVIE | Sinopsis 2 - Ubahsuai

Tajuk Filem : K A S Y A F
Genre : Islamic, Aksi dan Teknologi Fiksyen
Cerita, Idea dan Skrip Asal : Haji Rozman Haji Abas
©️ 2010 – 2020 - Hakcipta Terpelihara |  Haji Rozman bin Haji Abas

Sinopsis

Rahmat Fansuri, seorang rakyat Malaysia sedang dalam proses mencipta Program ‘Virtual Satellite’ (VS) yang berupaya menguasai rangkaian komunikasi satelit dunia dan alam semesta dengan menumpang gelombang satelit yang dipancarkan kepada semua desktop, laptop, telefon bimbit, gadjet iOT dan semua sistem yang boleh diases menerusi internet di dunia ini. Program ini mampu menjadikan desktop, laptop, telefon bimbit, gadjet iOT dan lain-lain menjadi bersepadu dan bersatu.

Perkahwinan Rahmat dengan isterinya yang merupakan rakyat Amerika berketurunan dari Arab Iran menyebabkan Rahmat telah diarahkan oleh pihak atasan agar menghentikan penciptaannya dan menyerahkan segala ciptaannya termasuk blueprint kepada CIA. Bila Rahmat enggan, CIA telah memfitnah Rahmat dengan membuat bukti palsu bahawa Rahmat telah membuat proses ‘trial and error’ dengan membantu Al-Qaeda meletupkan beberapa bangunan yang menempatkan perisik-perisik CIA seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Singapura dan Bangkok serta Mindanao. Rancangan Rahmat untuk melarikan diri telah menyebabkan isteri dan anak kecilnya terbunuh dalam kebakaran di rumahnya.

Rahmat telah ditangkap namun telah diselamatkan oleh bapa mertuanya dengan bantuan Al-Qaeda. Pembebasannya telah oleh digunakan Al-Qaeda yang meminta bantuannya untuk meningkatkan kaedah keganasan untuk memberi tekanan kepada Amerika dan sekutunya di samping membalas dendam ke atas kematian keluarganya yang tragis.

Justeru itu Rahmat telah bekerja secara rahsia dengan Iran bagi membantu menaiktaraf system telekomunikasi satellite Iran dan membantu bekas-bekas Negara-negara Rusia untuk pembinaan satellite ketenteraan dan komunikasi.

Namun Rahmat mula merindui kampong halaman dan asal-usulnya dan ingin kembali ke Malaysia tetapi terhalang kerana telah menjadi status pelarian antarabangsa. Dengan bantuan bapa mertuanya dan dengan janji membantu rakan-rakan seperjuangan di dalam sekutu-sekutu Al-Qaeda, Rahmat telah pulang secara pelayaran solo dan singgah di Jawa Selatan lalu menetap di situ sebagai nelayan di Munchar.

Rahmat telah terbabit di dalam tragedy pengeboman di Bali dan dengan pertolongan itu Rahmat telah bebas dari ikatan budi yang diberi oleh bapa mertuanya dan Al-Qaeda.

Rahmat yang mempunyai banyak wang simpanan lalu menjadi pembekal ikan dan membawanya pulang ke Negara Malaysia sebagai pendatang tanpa izin. Rahmat juga membesarkan perniagaannya menerusi pelaburan senyap ke atas syarikat-syarikat pembekalan minyak diesel, batu bara dan lain-lain sumber alam yang terdapat di Asia Tenggara di samping berbakti kepada umat seagama tanpa mengira samada pelaburan tersebut boleh menguntungkan atau merugikan serta tanpa memperduli samada akan ditipu oleh peminjam ataupun rakan niaga.

Gerak kerjanya ini telah menjadikan persahabatan mereka menjadi sebuah rangkaian atau jaringan senyap (underground) lalu Rahmat telah diangkat menjadi pemimpin bagi Pertubuhan Daulah Islamiah Nusantara yang beribu-pejabat di Indonesia.

Dalam pada itu, Rahmat yang tinggal secara menyendiri di sebuah flat rumah kos rendah (kerana bersembunyi) telah membuka kelas memperbaiki dan memasang computer yang telah menemukan Rahmat dengan Afiq dan Nur Fatihah. Rahmat mula menginginkan untuk menamatkan segala kenangan lama dengan jatuh cinta dengan Nur Fatihah dan seterusnya merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Nur Fatihah.

Satu hari dalam proses Rahmat ingin menyempurnakan program VS termasuk menukar nama program kepada KASYAF, IPnya telah terbongkar secara tidak sengaja dam mula dihidu oleh perisik-perisik antarabangsa dan pihak blok timur serta pihak militant Islam. Mr White iaitu ketua perisik Amerika telah ditugaskan untuk menggunakan segala kepakaran dan kemahiran mereka mendapatkan semula VS yang dikatakan adalah milik mereka.

Rahmat terpaksa menyembunyikan diri bagi menyelamatkan Afiq dan Nur Fatihah dan meninggalkan ciptaan yang belum siap sepenuhnya itu kepada Afiq yang amat berminat dengan IT, computer dan internet serta gadjet iOT, tetapi lebih terarah kepada pembabitannya sebagai penyanyi, pencipta lagu dan kumpulan muzik indie serta perniagaan pemasaran internet. Kehilangannya juga menimbulkan tandatanya kepada Nur fatihah dan keluarganya menanggung malu kerana rancangan majlis pertunangan yang telah dirancang terpaksa dibatalkan kerana kehilangan Rahmat.

Rahmat ternyata tidak mampu lagi untuk melarikan diri dan berhasrat menamatkan pelariannya. Secara senyap dia telah melengkapkan ciptaannya dan berjaya merungkai permasalahan ciptaannya. Beliau telah membuat urusan untuk membeli 7 stesyen satellite yang dimiliki oleh Russia tetapi telah tamat tempoh dan dibiarkan di kawasan debris angkasa.

Dalam prosesnya menuju ke perairan antarabangsa di Selat Melaka untuk mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya dari Russia bagi urusan pembelian stesyen-stesyen tersebut, tongkang penyeludup yang ditumpangi Rahmat telah karam kerana ribut kuat dan Rahmat telah tersadai di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya kerana segala peralatan elektroniknya telah rosak. Di pulau yang hanya dikenali sebagai Pulau Qolbu itu, Rahmat telah bertemu dengan Tok Jambi yang telah memperbetulkan perjuangan Islam Rahmat yang telah tersasar.

Tok Jambi menyedari kegelisahan Rahmat yang tidak dapat berhubung dengan kawan-kawannya dan mengajarkannya tentang ilmu kasyaf yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah S.A.W sebagai kaedah baginda berhubung dengan Allah, Malaikat, Jin dan segala makhluk di muka bumi ini menerusi pengalaman baginda dalam Isra’Mikraj serta kisah-kisah perjalanan Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S yang telah melalui 3 peristiwa kasyaf yang amat penting.

Kasih sayang, kelembutan dan ketakwaan adalah kesimpulan kepada ajaran Islam yang mana akhirnya kita dapat mengenal diri kita dan pencipta kita. Rahmat akhirnya menyedari bahawa kekuatan Islam itu sebenarnya berada di dalam qolbu setiap umatnya dan perjuangan memperkasakan ilmu tauhid adalah lebih utama dan merupakan gerbang kepada segala kekuatan yang diimpi dan diperjuangkan oleh dirinya bersama kumpulannya.

Rahmat yang telah banyak mendapat ilmu dari Tok Jambi mendapat gerak ilham bahawa Afiq dan Nur Fatihah akan mengalami kesusahan dan nyawa mereka dalam bahaya. Tiba-tiba sebuah kapal selam muncul di hadapan mereka dan keluarlah rakan-rakannya berbangsa Russia dan Iran dan berpisahlah mereka. Apabila Rahmat menoleh semula melihat pulau Qolbu tersebut ternyata pulau tersebut tidak wujud dan rakan-rakannya berkata mereka tidak melihat seorang manusia pun di situ kecuali Rahmat yang sedang menyanyi sendiri dan dapat dikesan oleh radar pengesan haba manusia.

Sementara itu Afiq dengan bantuan Alif Komputer telah meneruskan serta menghalusi ciptaan Rahmat dan seterusnya menaiktaraf dan menukarkan nama VS kepada KASYAF seperti mana arahan kod Rahmat. Afiq kehairanan kerana system yang didakwa rosak oleh Rahmat secara dengan sendiri telah dibaiki dan akhirnya mendapati ianya telah berjaya mentadbir dan mengurus gelombang-gelombang satellite.

Afiq telah menubuhkan syarikat Kasyaf Communications seterusnya melancarkan sebuah portal web dan mobile apps jaringan social (Social network) dengan nama Kasyaf.Com. Laman ini telah menarik semakin ramai ahli kerana dengan mendaftar sebagai ahli menggunakan nombor talian telefon bimbit yang mempunyai GPRS serta bayaran USD3 sebulan, setiap ahli akan dapat mengakses internet tanpa had dan menggunakan Skodengä emailfon yang menggunakan alamat email @kasyaf dan bukannya nombor. Capaian wireless broadband kasyaf.com juga amat baik di serata dunia.

Sementara itu Nur Fatihah yang menjadi terumbang ambing di samping mengalami tekanan telah mula bekerja dengan Juice Corporation yang dimiliki oleh sebuah pertubuhan yayasan yang mempunyai jaringan seluruh dunia iaitu Juice Foundation. Secara kebetulan, Juice Corporation telah merancang untuk mengadakan pertandingan muzik indie ‘Revolusi Bingit 2020’ dengan hadiah utamanya berjumlah RM 1 juta. Afiq bersama kawan-kawannya membuat permohonan untuk menyertai Revolusi Bingit ini.

Afiq melihat Nur Fatihah telah berubah dari seorang pendiam kepada meminati pergaulan bebas, namun disebabkan Afiq juga mempunyai masalah, beliau mendiamkan diri saja dan melihat pada jauh.

Kasyaf Communications telah disaman oleh beberapa syarikat pengendali satellite telekomunikasi seluruh dunia yang mendakwa program Virtual Satellite telah mencuri pancaran gelombang telekomunikasi mereka. Beberapa syarikat pembekal telekomunikasi juga turut merayu pihak Kerajaan dan Bangsa-Bangsa Bersatu agar berbuat sesuatu bagi menghentikan kasyaf.com yang dilihat boleh mencetus kepada kerugian teruk kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang juga boleh mengakibatkan ramai pekerja akan dihentikan.

Satu malam setelah Afiq dan kawan-kawannya membuat latihan muzik, kumpulan mereka diserang oleh kumpulan samseng antarabangsa dari Russia yang meminta mereka menyerahkan akses kepada program VS. Mereka telah diselamatkan oleh Fasya dan Sanusi dengan bantuan sahabat dari Chechenyha yang akhirnya membuat pengakuan bahawa mereka adalah dari kumpulan Jama’ah Al-Fikr yang dipimpin oleh Rahmat. Mereka kini telah putus hubungan dengan Rahmat.

Sanusi dan Fasya telah membawa mereka ke markas rahsia kumpulan Jama’ah Al-Fikr yang sedang berjuang untuk mewujudkan sebuah Kesatuan Daulah Islamiah Nusantara Melayu. Menerusi KASYAF dan applikasi Skodeng, mereka akan dapat mewujudkan satellite Daulah Islamiah yang amat berguna untuk telekomunikasi dan ketenteraan yang bergabung dengan kumpulan atau pertubuhan Islam yang lain.

Mr. White muncul dan menangkap kesemua mereka namun telah diselamatkan oleh Rahmat yang akhirnya muncul. Rahmat telah mendedahkan account Mr. White dan Juice Corporation yang menjalankan urusan penggubahan wang haram bernilai ratusan juta USD untuk membuat kerja-kerja agenda risikan mereka. Menerusi Skodeng dan KASYAF, lokasi Mr. White telahpun dikenal-pasti oleh pihak polis yang dalam perjalanan menangkapnya.

Nur Fatihah dan Wanda yang baru pulang dari pusat karaoke terlibat dalam kemalangan. Wanda telah menemui ajal dan semasa di hospital, mayat Wanda telah dituntut oleh pihak gereja yang mempunyai bukti-bukti kukuh bahawa Wanda adalah penganut agama Kristian. Pihak gereja juga mendakwa Nur Fatihah juga adalah penganut agama Kristian tetapi mereka gagal menunjukkan bukti.

Situasi di luar hospital menjadi tegang. Media juga menjadi viral.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 1 - 5

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 6 - 11