KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 6 - 11

©️ 2010 – 2020 - Hakcipta Terpelihara | Haji Rozman bin Haji Abas

Babak : 6

Lokasi : Flat Villa Laksamana
Masa : Subuh Pagi (2 minggu sebelum kejadian)
Pelakon : -
Props :

-------------------------------------------------------------

(Mula screen dengan black di taip 2 Minggu sebelum kejadian.)

(Long shot flat Villa Laksamaana dari gelap hingga satu persatu cahaya rumah pangsa tersebut terbuka dan masa sama audio laungan azan subuh kedengaran.)

(Mula kredit title)

(Long shot seorang demi seorang jemaah turun ke surau yang terletak di bawah bangunan tersebut. Ada juga orang-ramai yang keluar terus untuk pergi bekerja dengan menaiki kereta dan motor. )


VO Afiq

Ahhrgghhh….(Menggeliat) Allahuakbar….


Cut to.




Babak : 7

Lokasi : Dari Hadapan Rumah Afiq, Flat Villa Laksamana, beranda, tangga hingga ke hadapan surau dan tapak gerai payung
Masa : Subuh (Malam/Pagi)
Pelakon : Afiq
Props :

-------------------------------------------------------------

(Afiq keluar dari rumah dengan bersongkok dan berseluar tracksuit serta memakai t-shirt logo indie music group membawa gitar yang diikat menyilang ke belakang tubuhnya lalu mengambil meja lipat di hadapan rumahnya berserta sebatang payung besar serta kerusi plastic lalu terus turun dari tingkat 2 rumahnya ke bawah iaitu tapak niaga ibunya yang berhampiran dengan surau lalu menyusun meja lipat, memasang payung dan membentang alas meja lalu meletakkan dengan cermat gitar yang penuh dengan stiker-stiker indie music).

VO Afiq

Assalamualaikum. Nama aku Afiq. Nama kawasan perumahan flat ni Pangsapuri Villa Laksamana. Dulunya kawasan ni kawasan rumah setinggan, lama jugak aku merasa duduk dalam kawasan perumahan setinggan ni, baru tahun lepas bangunan flat ni siap. Umur aku 18 tahun emmh aactually masuk 19 dah. Aku tak mohon pun masuk U atau kolej, bukan apa, tak sanggup tengok ibu dan ayah kerja keras nak cari duit belanja rumah, bayar rumah, duit belanja sekolah kami adik beradik. Walaupun keputusan SPM aku taklah teruk sangat, tapi rasanya eloklah aku kerja dulu cari duit atau bantu ibu berniaga, dapat juga ringankan kerja ibu dan ayah aku.

(Laungan iqamah kedengaran lalu Afiq terus menuju ke surau untuk berjemaah.)


Cut to.



Babak : 8

Lokasi : Dari dalam surau ke sekitar kawasan Flat hingga ke tapak gerai payung
Masa : Subuh (Malam/Pagi)
Pelakon : Imam dan jemaah, Afiq
Props :

-------------------------------------------------------------

(Fokas pada imam yang sedang membaca Al Fatihah dan terus keluar ke kawasan pangsapuri yang kelihatan orang semakin ramai yang keluar dari rumah untuk pergi bekerja)

(Kelihatan bapa Afiq, Samad sedang mengangkat tong-tong nasi lemak dan meletakkan di atas meja lipat yang telah disediakan oleh Afiq lalu terkejar-kejar ke surau dan memasuki saf.)

VO Afiq

Tugas tak rasmi aku, pagi-pagi tolong ibu berniaga nasi lemak dan kuih-muih. Ibu aku memang terkenal di kampong ini, ehh…bukan kampong lagi, sekarang dah jadi Pangsapuri Villa Laksamana, terkenal pasal nasi lemak Saodah yang Special, tentulah sedap punya pasal.

Buat masa sekarang aku ni tengah mempersiapkan diri untuk menjadi usahawan. Barang yang nak diniaga belum tahu apa lagi tapi cita-cita dah ada. Yalah, Nabi Muhammad SAW dah berpesan, 9 dari 10 rezeki tu datang dari perniagaan. Sekarang tengah usha-usha lah tengok apa benda yang nak diniagakan.

(Ibu Afiq Saodah pula turun dari rumah dengan membawa plastic-plastik diisi kuih-muih untuk jualan lalu menyusunnya di meja lipat.)



Cut in.




Babak : 9

Lokasi : Depan surau ke Gerai Payung, Flat Villa Laksamana
Masa : Subuh (Malam)
Pelakon : Afiq, Samad, Saodah
Props :

-------------------------------------------------------------

(Jemaah bersurai. Afiq keluar dari surau lalu menghampiri gerai payung ibunya).

(Tunjukkan Saodah sedang membungkus nasi lemak dan para pelanggan sedang membayar. Melihat Afiq sudah berada di sisi, Saodah terus mencapai beg plastic berisi telekung dan mengundur memberi tempat kepada Afiq meneruskan jualan. Saodah out of frame).

VO Afiq

Aku memang minat kepada inovasi, teknolgi dan apa-apa benda yang melibatkan IT, handphone. Kau tengok ni bagaimana aku telah meningkatkan perniagaan nasi lemak ibu dengan memperkenalkan system pesanan SMS.

(Fokas kepada banner yang digantung di pagar berhampiran bertulis BREAKFAST@WARONG MAK DAH – TEMPAHAN BREAKFAST MENERUSI SMS DITERIMA CALL 889955 Taip order>jarak>nama>alamat dan send. Setiap panggilan akan dicaj 50 sen seminit.)

(Samad datang dari surau lalu mengambil sedikit bekalan untuk pergi ke kilang tempatnya berkerja. Afiq bersalaman dengan Samad sambil mencium tangan Samad dan Samad menggosok kepala Afiq sambil diperhati oleh beberapa pelanggan.)


VO Afiq

Bapa aku kerja pengawal keselamatan. Dia memang rajin dan baik. Dia bantu ibu sampai pagi, masak nasi, buat persiapan kuih, bantu basuh pinggan dan periuk dan lain-lain. Ohh ya, aku anak sulung dari 4 orang adik-beradik. Yang kecik-kecik tu memang tak boleh harap lagi. Tu sebabnya aku malas nak beria-ia pergi U, menyusahkan mereka. Lebih baik aku mengadap computer belajar internet marketing, kalau ada rezeki dapatlah jadi jutawan internet….ala macam saudara Irfan Khairi tuu….

(Follow Samad pergi ke arah motorsikalnya, menghidupkan enjin dan berlalu.)

(Pan kembali kepada Afiq yang meneruskan kerja menyediakan pesanan-pesanan dari pelanggan yang kebanyakkannya hendak pergi bekerja.)

(2 orang pelanggan surirumah datang ke gerai Afiq membeli nasi lemak dan kuih sambil bersembang tentang Rahmat yang telah masuk meminang Nur Fatihah jiran rumah sebelahnya dan khabarnya akan melansungkan pertunangan minggu hadapan. Saodah enter frame muncul semula dan mengambil alih peranan Afiq.)


Makcik 1

Dengar katanya Murni nak dapat menantu, betul ke?


Makcik 2

Betullah tu.


Makcik 1

Budak mana yang masuk meminang tu?


Makcik 2

Dengarnya orang bujang yang sewa kat tingkat 2 blok ni. Rahmat namanya.


Makcik 1

Ok ke orangnya? Kerja apa? Dah lama ke dia kawan dengan Fatihah?


VO Afiq

Ehh! itu kawan aku tu, kawan sejak dari kecil, membesar sama-sama di kampong setinggan dulu dan sekarang satu blok lagi. Fatihah tu sekarang sedang belajar di Kolej Baitulmal buat kursus IT. Di samping tu, kami sebenarnya sedang belajar pasang-memasang computer, buat laman web dan rekabentuk asas program. Kelas computer tu sebenarnya free, ada abang kat sini awal tahun lalu dia pindah ke sini, menyewa flat. Abang Rahmat namanya, wahhh belakang aku diaorang main cinta ni, tapi macam mana aku tak perasan langsung…..err ataupun aku ni memang jenis tak ambil tahu hal orang. Abang Rahmat ni memang genius IT dan mobile communication. Dia pun banyak pengalaman tentang program angkasa lepas. Dia boleh repair computer, buat computer baru, baik-pulih program, repair handphone dan macam-macam lagi lah, asalkan yang dinamakan IT dan telekominikasi ni dia memang terror. Dia kata dia pernah belajar kat US.


Cut in.

(Afiq pergi ke belakang gerai lalu memeriksa telefon bimbitnya melihat mesej SMS tempahan-tempahan nasi lemak dan kuih muih dari pelanggan).

VO Afiq

Ehh, pukul berapa sekarang? kena check sms ni, lepas tu kena siapkan semua pesanan-pesanan mereka. Dia orang ni ramai yang jenis malas turun dari flat, tapi itulah peluang untuk aku merebutnya, sekurang-kurangnya aku dapat menaikkan jualan harian perniagaan ibu aku.

(Afiq melihat jam yang menunjukkan pukul 7)


VO Afiq

Ahh! Awal lagi

(Afiq mencapai gitar kapok lalu memainkan sebuah lagu indie ciptaannya, tiba-tiba ada deringan mesej SMS dari telefon bimbitnya. Afiq berhenti berhenti bermain gitar lalu menglihat skrin telefon bimbitnya)

(Fokas skrin telefon bimbit Afiq yang kelihatan mesej dari Dom)

“jamming hari ini jam 4 petang ok.”

(Afiq membalas semula mesej tersebut dengan)


“ok. CU all there”


VO Afiq

Ohh, lupa nak bagi tau, hobi aku main muzik, cipta lagu dan menyanyi. Aku ada buat band muzik, namanya Squatter’s Paradise. Sebabnya kami semua asal dari kampong setinggan garden. Kalau ada rezeki nak masuk program-program reality kat Malaysia yang berlambak kat Negara ni. Manalah tahu rezeki macam Mawi, budak kampong jadi jutawan. Boleh ke? Entahlah, kata ibu rezeki ni Tuhan yang tentukan, kerja kita berusaha dengan gigih. Ni tengah kumpul duit nak cuba buat rakaman album single.



(End of credit title)



Cut to.





Babak : 10

Lokasi : Dari tangga ke laluan beranda rumah-rumah Flat Villa Laksamana hingga ke rumah no 1802
Masa : Pagi/Siang
Pelakon : Afiq, Rahmat,,lain-lain yang perlu
Props :

-------------------------------------------------------------

(Afiq menaiki tangga dan menyusuri laluan beranda dengan membawa bakul raga untuk mengangkat bungkusan-bungkusan tempahan yang siap dibungkus ke satu rumah dan ke satu rumah, mengetuk pintu dan mengucapkan salam.)

VO Afiq

Inilah aku. Orang biasa-biasa yang pada awalnya takda apa-apa keistimewaan atau pun apa-apa yang luarbiasa tapi akhirnya boleh jadi bahan cerita filem. Abang Rahmat selalu pesan, rugilah hidup di dunia yang singkat ini jika kita tidak berusaha menjadi orang yang luarbiasa…Untuk jadi manusia yang hebat untuk kesejahteraan manusia sejagat dan alam semesta, bukan untuk menjadi manusia yang menjadi penyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan.

(Tunjukkan setiap rumah yang dibuka terus diambil bungkusan yang diserahkan lalu mereka menghulurkan wang kepada Afiq dan tunjukkan Afiq memulangkan baki wang kepada pelanggannya).

(Afiq terus berjalan hingga dia berhenti di hadapan sebuah rumah).

VO Afiq

Tapi ini bukan cerita hidup aku sebenarnya. Aku sekadar menjadi penumpang kepada cerita seorang manusia yang hebat, genius yang banyak memberikan munafaat kepada kehidupan orang lain. Nak kenal orangnya? Marilah aku tunjukkan….

(Fokas pada rumah nombor 1802. Afiq mengetuk pintu rumah dan memberi salam lalu muncul Rahmat dengan senyuman walaupun keletihan dari dalam sambil menyambut salam Afiq lalu mempersilakan Afiq masuk).

Cut in.




Babak : 11

Lokasi : Rumah Rahmat (studio kerja)
Masa : Siang (pagi)
Pelakon : Afiq, Rahmat, Nur Fatihah
Props :

-------------------------------------------------------------

(Establish shot suasana rumah Rahmat di ruang tamu yang berselerak dengan computer serta sebuah meja khas untuk membaiki telefon bimbit dan komputer. Fokas kepada logo Alif Komputer yang banyak tertampal di CPU.)

(Rahmat menuju ke meja kerjanya sambil mengacukan telefon bimbit kepada hard disk computer laptopnya. Menggeleng-geleng kepala sambil menggaru kepala sambil menulis sesuatu di dalam buku notanya)


Afiq

Wahh, ni semua dari kedai computer kat bawah ke? (Memandang longgokan computer dan laptop di atas lantai berdekatan dengan meja kerja Rahmat sambil meletakkan bungkusan nasi lemak dan kuih keria dan apam di atas meja makan Rahmat)


Rahmat

Yelah, mana lagi. Sanusi semalam hantar kat 10 biji, semua kena reformat balik. Ni banyak juga yang kena upgrade Fiq, nanti tolong abang ye?


Afiq

No hal bang, lepas mandi Afiq turun balik. Ni semua untuk abang, foc sebab ibu kata buat barter trade lah (membuka salah satu drive computer yg berlonggok di atas lantai) kerana tanda terima kasih banyak ajar Afiq

Rahmat

Wahh pandai juga ibu Afiq buat deal, barter trade. Zaman Rasulullah popular deal ni. (senyum)

Afiq

Bang, semalam abg cakap ada music software REASON kan abg download dari internet, mana dia? Afiq nak cuba xplore lah

Rahmat

Tu ada kat desktop lama tu, kau pegilah godak. Tapi rasanya ram tak cukup, yang tu ada 1 gig je, Afiq upgrade dulu tambah 1 gig lagi. Pinjam je dari mana-mana cpu yang kat bawah ni. Tu dalam laci tu ada abang printkan devices yang Afiq perlu beli kalau nak jadikan computer Afiq seperti home studio, tak perlu lagi nak sewa studio kalau nak buat lagu baru. Boleh rakam suara terus, gitar terus dan drum asimilasi yang mengikut permainan manusia pun ada..

Afiq

Wahh! Terima kasihlah bang (membuka laci di hadapannya lalu membelek-belek kertas-kertas yang telah diprintkan oleh Rahmat) kalau macam ni barulah cepat faham, rupanya simple je. Tak payah belajar masuk kolej muzik pun.

Rahmat

Masuk kolej tu pun penting untuk mematangkan kita, untuk kita menjadi berdikari dalam hidup. Tapi sijil tu tak mendatangkan apa-apa kalau tak digunakan. Yang penting buatlah apa yang Afiq minat dan perdalamkan ilmu. Jangan berhenti belajar dan belajar.

Afiq

Err…Kak Fatihah tak muncul ke hari ni? (sambil terteleng-teleng melihat pintu lalu menuju ke desktop yang ditunjukkan oleh Rahmat. Afiq menekan punat on mula duduk di kerusi)

Rahmat

(Senyum) Dia penat kot, semalam abg bagi banyak job suruh buat kat rumah (matanya masih meneliti buku nota. Mana nak belajar lagi tentang pembinaan laman web yg abang ajar tu guna PHP dan MySqual. Open Source lagi. Tapi dia cepat tangkap…

Afiq

Memang layaklah dia jadi student kesukaan abg, Afiq ni student nakal abg (sambil menjeling berlawak dan turun dari kerusi menuju kepada longgokan computer lalu membuka salah satu CPU dan menarik keluar Ram sambil membaca komponen litar)

Rahmat

Sama je Fiq, abang bagi semua ilmu yang ada kat abang. Awal tahun ni kita mulakan kelas dengan 10 orang, sudahnya sekarang tinggal kau dua orang je. Maknanya kamu berdua tak sama dengan remaja lain, hangat-hangat taik ayam, ramai yang takde matlamat hidup, tak tahu apa yang nak dicapai dalam hidup. Inilah kesannya kemakmuran yang berlandaskan duniawi. Cuma bezanya dia perempuan jadi tak bolehlah lepak sesuka hati kat ‘ofis’ kita ni, nanti kena tangkap basah plak. Err sejak bila pulak Afiq panggil dia kakak? (Memandang Afiq)?


Afiq

Kena respek kat abg lah, diakan bakal tunang abg…. (bangun dan mengangkat Ram yang telah dicabut dari CPU tadi kemudian membuka CPU desktop Rahmat lalu menyambung Ram tersebut dengan kabel wayar)


Rahmat

Aiii? Dah pecah rahsia…


Afiq

Kat flat ni mana ada rahsia boleh simpan lama-lama bang…hahaha (ketawa)



(Rahmat senyum)

(Kedengaran suara salam diberi diiringi bunyi ketukan pintu. Nur Fatihah menjenguk pintu yang tidak bertutup memandang ke arah Rahmat dan Afiq yang tersenyum sesama sendiri).


Rahmat & Afiq

Mualaikum salam (Jawab dijawab hampir serentak oleh Rahmat dan Afiq).

(Fatihah masuk ke dalam rumah membawa minuman pagi sedulang lalu meletakkannya di meja makan lalu ke bahagian dapur mengambil pinggan dan piring untuk meletak nasi lemak dan kuih-muih dan menuju semula ke meja makan membawa piring, sudu dan membuka bungkusan nasi lemak dan memindahkannya ke piring dan siap diletak sudu….)


Fatihah

(Lembut) Haiii, mengumpat orang pagi-pagi ni, rezeki belum masuk dah cari dosa (nada akhir sengaja ditekan sambil tersenyum manja menjeling Rahmat)


(Rahmat dan Afiq berpandangan)


Afiq

Fullamak, tajam, menikam…



Cut to.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KASYAF THE MOVIE | Sinopsis 2 - Ubahsuai

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 1 - 5