KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 1 - 5

©️ 2010 – 2020 - Hakcipta Terpelihara |  Haji Rozman bin Haji Abas

Babak : 1

Lokasi : Pandangan Bandaraya Kuala Lumpur
Masa : Siang
Pelakon : -
Props :

--------------------------------------------------------------

(Establish shot pada sekitar bandaraya KL dari sudut atas bangunan tinggi dan medium close-up ke sebuah bangunan tinggi pejabat). (Seumpama zoom in googles map)



Cut to.


Babak     : 2

Lokasi    : Pejabat Juice Corporation
Masa      : Siang
Pelakon   : Receptonist-Wanda/2 orang pelancong dari USA- Mark/Tom
Props     :

------------------------------------------------------------

(Pan dari luar pejabat Juice Foundation, Asia Pasicif Zone dan terus masuk ke ruang front office dan close-up ke signboard Juice Foundation, KL Office. Medium shot kepada seorang receptionist cantik bertudung yang tersenyum memandang kamera sedang bercakap di telefon. Close up fokas kepada screen computer di mana kelihatan ikon facebook sedang online).

Wanda

Well, keep in touch sir, we’ll see what we can help to assure your stay here and we’ll arrange a meeting with the Farmer’s Association..(Meletak telefon dan memandang kamera sambil mendepangkan tangan) Well, I guess you are Mark and Tom? Is it right?


VO Mark

Yeahh, wow! very impressive, you can remember your guests?


Wanda

Yes, we trained to be like that…have a sit sir...

(Kamera seperti mengikut body movement untuk duduk dan receptionist juga turut duduk tetapi sebenarnya mereka tidak kelihatan)

(Wanda membuat intercom)

Wan, tetamu dah sampai, you pergi siapkan kenderaan dan tunggu di lobby depan ye….sekarang...! (mengambil sebuah fail dan mengeluarkan peta kawasan Batu Caves) dan menanda kawasan Villa Laksamana) Well, here is your friend’s address, hope you can find it. Our driver will assist you if you get lost…


Mark

Ok, ok, thank you, we also have GPS already, but thank also for the map plan.


Wanda

Ok, sir (bangun dari kerusi) you can go now, straight to the lobby I think the van is ready.

(Wanda mengiringi mereka keluar. Kamera pan pada produk-produk Juice seluruh Malaysia dan poster iklan gaya kehidupan sihat produk-produk Juice – tukar gaya kehidupan- go green – go natural - )



Cut to.


Babak : 3

Lokasi : Dari Luar Kawasan Flat Villa Laksamana menuju ke tangga naik ke atas tingkat 2 dan masuk ke dalam rumah 1802 (Rumah Sewa Rahmat)
Masa : Siang
Pelakon : Mark/Tom/Wan Driver
Props : Beg sandang Mark dan Tom, GPS unit pistol dan sublencer

-------------------------------------------------------------

(Long shot Mark dan Tom turun dari Van Perlancongan dan meniggalkan mereka berdua. Tom yang memegang peta dan Mark memandang kepada GPS dan menunjukkan pada sebuah tempat. Pan shot mengikut telunjuk Mark dan medium close-up kepada sebuah rumah pangsa kos rendah dan shot mencari nama Flat dan focus shot pada tulisan Blok C. Moving shot mengikut Tom dan Mark yang memegang GPS mengikuti jalan yang ditunjukkan sambil menoleh melambai tangan kepada Wan driver.)


Fade in.

(Moving shot mengikut mereka tiba ke tingkat 2 lalu berhenti dan close-up di pintu rumah No 1802 lalu Mark mengetuk pintu tetapi tiada jawapan. Mereka berpandangan lalu mengeluarkan pistol, memasang kedap bunyi lalu menembak tombol pintu dan menendang pintu tersebut dan merempuh masuk.)


(Kamera moving mengikut mereka masuk ke rumah memeriksa ruang tamu dan masuk ke bilik tetapi semuanya kosong. Bila mereka menghampiri ruang dapur, serentak dengan itu seorang dengan tali telah diikat di pinggan melompat keluar dari verandah dapur).


(Mark melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai sasaran).



Fade in.



Babak : 4

Lokasi : Verandah dapur tingkat 1 dan 2 Flat Villa Laksamana
Masa : Siang
Pelakon : Rahmat/Mark/Tom, makcik goreng ikan
Props : Tali dan kelengkapan climbing, telefon bimbit

-------------------------------------------------------------

(Medium shot kelihatan Rahmat terjun dari pintu verandah dapur tingkat 2 bangunan flat 5 tingkat tersebut menggunakan tali wall climbing lalu landing di ruang verandah dapur tingkat 1.

(Seorang wanita yang sedang menggoreng ikan menjadi kaku dan terkedu dan Rahmat meletakkan jari di mulutnya sebagai tanda meminta senyap. Rahmat cuba memandang ke atas tetapi ditembak oleh lelaki-lelaki tersebut dari verandah dapur tingkat 2).

(Close-up Rahmat mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menekan punat dan serentak dengan itu bom meletup di rumah Rahmat di verandah dapur tingkat 2 rumah sewa Rahmat).

(Close-up, medium dan long shot kelihatan Mark dan Tom sedang tercampak keluar. Suara riuh-rendah dan jeritan-jeritan ketakutan kedengaran….habuk-habuk dan serpihan konkrit berterbangan…..).


Fade out.



Babak : 5

Lokasi : Gerai Tom Yam Kawasan Flat Villa Laksamana
Masa : Siang
Pelakon : Pengacara TV
Props : TV/gambar Rahmat

-------------------------------------------------------------

(Berita dari television mengenai pihak polis yang sedang mencari Rahmat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas iaitu Al-Qaeda. Adalah dipercayai Rahmat juga merupakan pemimpin sebuah kumpulan pemikir & professional Islam yang bernama Jama’ah Al-Fikr yang dianggotai oleh sekumpulan pejuang-pejuang Kepulauan Melayu Islam Nusantara yang berpendidikan professional dan berlatarbelakangkan teknologi satelit serta dipercayai berpengkalan di Indonesia. Adalah dipercayai Rahmat sedang membuat penyelidikan bagi mencipta dan membangunkan sistem komunikasi satelit Al Qaeda bagi seluruh dunia. Disiarkan juga latarbelakang Rahmat yang pernah mendapatkan pendidikan dari Amerika Syarikat dalam bidang IT dan selepas itu berkhidmat dengan CIA selama 5 tahun untuk membangunkan sistem komunikasi IT telefon bimbit dan selepas itu menghilangkan diri. Pihak CIA pula pernah mendengar khabar bahawa Rahmat pernah bertugas sebagai pembantu penyelidik pembangunan angkasawan Rusia sekitar 2 tahun lalu dan pernah menjadi penasihat Program Pembangunan Satelit di Iran ….)


Screen dissolve to black.






























Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KASYAF THE MOVIE | Sinopsis 2 - Ubahsuai

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 6 - 11