KASYAF THE MOVIE | Sinopsis

Tajuk Filem : K A S Y A F
Cerita dan Idea Asal : Haji Rozman Haji Abas


Rahmat atau Rahmat Fansuri adalah seorang pemuda Malaysia yang
berpengalaman di dalam bidang IT dan satelit yang merupakan bekas pencipta dan penganalisis computer, internet dan komunikasi mobile untuk Agensi Perisikan Negara Amerika Syarikat.

Rahmat sedang dalam proses mencipta Program ‘Virtual Satelite’ yang berupaya menguasai rangkaian komunikasi satelit dunia dan alam semesta dengan menumpang gelombang satelit yang dipancarkan kepada semua telefon bimbit dan internet di dunia ini. Program ini mampu menjadikan sebuah computer, internet dan mms yang kebanyakkan telah menjadi program popular di setiap telefon bimbit menjadi bersepadu dan bersatu.
Namun kerana perkahwinan Rahmat dengan isterinya yang merupakan rakyat Amerika berketurunan dari Arab Iran, Rahmat telah diarahkan oleh pihak atasan agar menghentikan penciptaannya dan menyerahkan segala ciptaannya termasuk blueprint kepada CIA. Oleh kerana Rahmat enggan, CIA telah memfitnah Rahmat dengan membuat bukti palsu bahawa Rahmat telah membuat proses ‘trial and error’ dengan membantu Al-Qaeda meletupkan beberapa bangunan yang menempatkan perisik-perisik CIA seluruh dunia terutamanya di Indonesia, Singapura dan Bangkok serta Mindanao. Rancangan Rahmat untuk melarikan diri telah menyebabkan isteri dan anak kecilnya terbunuh dalam kebakaran di rumahnya.

Rahmat telah ditangkap dan disiksa namun telah diselamatkan oleh bekas bapa mertuanya dari Iran dengan bantuan Al-Qaeda. Pembebasannya telah membuka ruang baru dalam hidupnya yang kini terkongkong dengan budi yang ditaburkan oleh Al-Qaeda yang meminta bantuannya untuk meningkatkan kaedah keganasan untuk memberi tekanan kepada Amerika dan sekutunya di samping membalas dendam ke atas kematian keluarganya yang tragis.

Justeru itu Rahmat telah bekerja secara rahsia dengan Iran bagi membantu menaiktaraf system telekomunikasi satellite Iran dan membantu bekas-bekas Negara-negara Rusia untuk pembinaan satellite ketenteraan dan komunikasi. Antara tugasnya adalah bertindak sebagai Ketua Penyelidik bagi Program Pembangunan Komunikasi Satelit kumpulan Jama’ah Al-Fikr yang bersekutu dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Namun Rahmat mula merindui kampong halaman dan asal-usulnya dan ingin kembali ke Malaysia tetapi terhalang kerana telah menjadi status pelarian antarabangsa. Dengan bantuan bapa mertuanya dan dengan janji membantu rakan-rakan seperjuangan di dalam sekutu-sekutu Al-Qaeda, Rahmat telah pulang secara pelayaran solo dan singgah di Jawa Selatan lalu menetap di situ sebagai nelayan di Munchar.

Rahmat telah terbabit di dalam perancangan pengeboman di Bali dan dengan pertolongan itu Rahmat telah bebas dari ikatan budi yang diberi oleh bapa mertuanya dan Al-Qaeda.

Rahmat yang mempunyai banyak wang lalu menjadi pengimport ikan dan membawanya pulang ke Negara Malaysia sebagai pendatang tanpa izin. Rahmat membesarkan perniagaannya kepada pelaburan senyap ke atas syarikat-syarikat pembekalan minyak diesel, batu bara dan lain-lain sumber alam yang terdapat di Asia Tenggara di samping berbakti kepada kaum sebangsa dan seagama tanpa mengira samada pelaburan tersebut boleh menguntungkan atau merugikan serta tanpa memperduli samada akan ditipu oleh peminjam ataupun rakan niaga.

Gerak kerjanya ini telah menjadikan persahabatan mereka menjadi sebuah rangkaian atau jaringan lalu Rahmat telah diangkat menjadi pemimpin bagi Pertubuhan Daulah Islamiah Nusantara yang beribu-pejabat di Indonesia.

Dalam pada itu, Rahmat yang tinggal secara menyendiri atau bersembunyi di sebuah flat rumah kos rendah di mana beliau telah membuka kelas memperbaiki dan memasang computer. Kelas ini telah menemukan Rahmat dengan Afiq dan Nur Fatihah sebagai pelajar secara freelance. Rahmat mula menginginkan untuk menamatkan segala kenangan lama dengan jatuh cinta dengan Nur Fatihah dan seterusnya merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Nur Fatihah.

Namun begitu, maklumat mengenai proses penciptaan Virutal Satelite telah terbocor dan mula dihidu oleh perisik-perisik antarabangsa dan pihak blok timur serta pihak militant Islam. Di samping itu Mr White iaitu ketua perisik Amerika telah ditugaskan untuk menggunakan segala kepakaran dan kemahiran mereka mendapatkan semula VS yang dikatakan adalah milik mereka. Mereka kini mula mencari Rahmat dan percubaan Rahmat mengaktifkan VS untuk digantikan kepada Kasyaf pada satu malam mengundang bahaya. Rahmat menyedari bahawa dia telah terdedah.

Rahmat terpaksa melarikan diri dan meninggalkan ciptaan yang belum siap sepenuhnya itu kepada Afiq yang amat berminat dengan computer, internet dan telefon bimbit tetapi lebih terarah kepada pembabitannya sebagai penyanyi, pencipta lagu dan kumpulan muzik indie serta perniagaan pemasaran internet. Kehilangan Rahmat juga menimbulkan tandatanya kepada Nur fatihah dan keluarganya menanggung malu kerana rancangan majlis pertunangan yang telah dirancang terpaksa dibatalkan kerana kehilangan Rahmat.

Rahmat ternyata tidak mampu lagi untuk melarikan diri dan berhasrat menamatkan pelariannya. Secara senyap dia telah melengkapkan ciptaannya dan berjaya merungkai permasalahan ciptaannya. Beliau telah membuat urusan untuk membeli 7 stesyen satellite yang dimiliki oleh Russia tetapi telah tamat tempoh dan dibiarkan berlegar di kawasan debris angkasa.

Dalam prosesnya menuju ke perairan antarabangsa di Selat Melaka untuk mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya dari Russia bagi urusan pembelian stesyen-stesyen tersebut, tongkang penyeludup yang ditumpangi Rahmat telah karam kerana ribut kuat dan Rahmat telah tersadai di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya kerana segala peralatan elektroniknya telah rosak. Di pulau yang hanya dikenali sebagai Pulau Qolbu itu, Rahmat telah bertemu dengan Tok Jambi yang telah memperbetulkan perjuangan Islam Rahmat yang telah sesat dan tersasar.

Pertemuan Rahmat dengan Tok Jambi telah menukar persepsi perjuangan yang dipegang Rahmat sekarang yang sedang mencuba mencari kekuatan dakwah Islamiah yang kini sedang diancam oleh pihak-pihak anti Islam yang menggunakan Negara-negara kuasa besar sebagai kubu kuat mereka. Tok Jambi menyedari kegelisahan Rahmat yang tidak dapat berhubung dengan kawan-kawannya dan mengajarkannya tentang ilmu kasyaf yang telah digunakan sejak zaman Rasulullah S.A.W sebagai kaedah baginda berhubung dengan Allah, Malaikat, Jin dan segala makhluk di muka bumi ini menerusi pengalaman baginda dalam Isra’Mikraj serta kisah-kisah perjalanan Nabi Musa A.S dengan Nabi Khidir A.S yang telah melalui 3 peristiwa kasyaf yang amat penting.

Kasih sayang, kelembutan dan ketakwaan serta keamanan adalah kesimpulan kepada ajaran Islam yang mana akhirnya kita dapat mengenal diri kita dan pencipta kita. Bilamana kita dapat mengenal kembali siapa kita, dari mana kita dan ke mana akhirnya kita, barulah kita sesama makhluk tidak akan bersengketa, berbunuhan dan berperang kerana kita semuanya tiada apa.

Rahmat akhirnya menyedari bahawa kekuatan Islam itu sebenarnya berada di dalam qolbu setiap umatnya dan perjuangan memperkasakan ilmu tauhid adalah lebih utama dan merupakan gerbang kepada segala kekuatan yang diimpi dan diperjuangkan oleh dirinya bersama kumpulannya.

Sementara itu Afiq yang kini bekerja dengan Alif Komputer telah meneruskan serta menghalusi ciptaan Rahmat dan seterusnya menaiktaraf program Virtual Satelite dengan bantuan peralatan dari Kedai Alif Komputer yang dimiliki oleh Sanusi. Afiq kehairanan kerana system yang didakwa rosak oleh Rahmat secara dengan sendiri telah dibaiki dan akhirnya mendapati ianya telah berjaya mentadbir dan mengurus gelombang-gelombang satellite di angkasa dan seterusnya membolehkan Afiq mengurus wireless broadband seluruh dunia.

Oleh itu Afiq telah menubuhkan syarikat Kasyaf Communications seterusnya melancarkan sebuah laman web jaringan social (Social network) dengan nama Kasyaf.Com dan melantik bekas Pengurus Pemasaran dan Pegawai Pelanggan Alif Komputer iaitu Fasya sebagai pengurus syarikat. Laman ini telah menarik semakin ramai ahli kerana dengan mendaftar sebagai ahli menggunakan nombor talian telefon bimbit yang mempunyai GPRS serta bayaran USD3 sebulan, setiap ahli akan dapat mengakses internet tanpa had dan menggunakan emailfon (Voicephone) menerusi telefon bimbit dengan menggunakan alamat email dan bukannya nombor. Capaian wireless broadband kasyaf.com juga amat baik di serata dunia walaupun Negara atau tempat-tempat tersebut tidak mempunyai prasarana dan infrastuktur fiber optic kerana menggunakan sepenuhnya gelombang satellite dan unit-unit telefon bimbit pengguna secara tidak langsung menjadi receiver kepada arus pancaran gelombang.

Sementara itu Nur Fatihah yang menjadi terumbang ambing di samping mengalami tekanan telah mula bekerja dengan Juice Corporation yang dimiliki oleh sebuah pertubuhan yayasan yang mempunyai jaringan seluruh dunia iaitu Juice Foundation. Fungsi utama Juice adalah untuk mempromosikan kempen menyelamat dunia dengan taglinenya iaitu menghijaukan dunia: dunia baru-budaya baru! Antara aktivitinya adalah membantu peladang-peladang buah-buahan di Negara-negara pertanian di samping menggunakan hiburan seperti muzik untuk mempromosikan jus buah-buahan asli seluruh dunia. Jucie Corporation telah merancang untuk mengadakan pertandingan muzik indie ‘Revolusi Bingit 2011’ dengan hadiah utamanya berjumlah RM 1 juta.

Afiq yang semakin popular dengan kumpulan muzik indienya yang telah dipromosi di Youtube, MySpace, Facebook, Friendster dan lain-lain telah menerima cabaran pertandingan Revolusi Bingit ini dan dia bersama kawan-kawannya terpaksa membuat latihan di studio latihan.

Rahmat yang telah banyak mendapat ilmu dari Tok Jambi mula mengelamun sendiri di tepi pantai dan mendapat gerak bahawa Afiq dan Nur Fatihah akan mengalami kesusahan dan nyawa mereka dalam bahaya. Dalam mengelamun itu muncullah cucu Tok Jambi yang mengatakan Tok Jammbi telah lama mati dan mengesahkan bahawa Rahmat telah lulus ujian.

Tiba-tiba sebuah kapal selam muncul di hadapan mereka dan keluarlah rakan-rakannya berbangsa Russia dan Iran dan berpisahlah mereka. Apabila Rahmat menoleh semula melihat pulau Qolbu tersebut ternyata pulau tersebut tidak wujud dan rakan-rakannya berkata mereka tidak melihat sorang manusia di situ kecuali Rahmat yang sedang menyanyi sendiri dan dapat dikesan oleh radar pengesan haba manusia.

Kasyaf Communications telah disaman oleh beberapa syarikat pengendali satellite telekomunikasi seluruh dunia yang mendakwa program Virtual Satellite telah mencuri pancaran gelombang telekomunikasi mereka. Beberapa syarikat pembekal telekomunikasi juga turut merayu pihak Kerajaan agar berbuat sesuatu bagi menghentikan kasyaf.com yang dilihat boleh mencetus kepada kerugian teruk kepada syarikat-syarikat telekomunikasi yang boleh mengakibatkan ramai pekerja akan dihentikan.

Fasya memberitahu Afiq bahawa beliau telah ditawarkan oleh seseorang yang mewakili syarikat antarabangsa untuk membeli kasyaf.com dengan harga USD10 juta tetapi tidak dipersetujui oleh Afiq kerana menurutnya beliau hanya meneruskan ciptaan Rahmat dan hanya Rahmat saja yang boleh membuat keputusan tersebut.

Satu malam setelah Afiq dan kawan-kawannya membuat latihan muzik, kumpulan mereka diserang oleh kumpulan samseng antarabangsa dari Russia yang meminta mereka menyerahkan akses kepada program Virtual Satelite. Mereka telah diselamatkan oleh Fasya dan Sanusi yang akhirnya membuat pengakuan bahawa mereka adalah dari kumpulan Jama’ah Al-Fikr yang dipimpin oleh Rahmat Mereka kini telah putus hubungan dengan Rahmat dan pada mulanya mereka menyangka Afiq mempunyai kunci bagi mempertemukan mereka tetapi akhirnya mereka tahu bahawa Afiq juga tidak tahu di mana Rahmat berada.

Sanusi dan Fasya telah membawa mereka ke markas rahsia kumpulan Jama’ah Al-Fikr yang sedang berjuang untuk mewujudkan sebuah Kesatuan Daulah Islamiah Nusantara Melayu. Menerusi VS, mereka akan dapat mewujudkan satellite Daulah Islamiah yang amat berguna untuk telekomunikasi dan ketenteraan yang bergabung dengan kumpulan atau pertubuhan Islam yang lain.

Sementara itu Fasya dan Sanusi mula mengorak langkah dengan membuat mesyuarat online menggunakan Virtual Satellite dengan ahli-ahli kumpulan mereka di Pattani, Ambon dan Mindanao yang didaftarkan dengan nama islamnusantara@kasyaf.com. Mereka berbincang tentang pentingnya program ini diselamatkan dan digunakan untuk menyelamatkan pejuang-pejuang mereka yang telah ditangkap atau diseksa. Cara untuk mereka memuat-turun adalah pada masa Afiq membuat persembahan di mana pada masa tersebut akan dibuat lintas langsung untuk disiarkan di dalam laman web kasyaf.com yang boleh ditonton oleh ahli-ahli yang berminat. Dengan cara itu, proses muat-turun tersebut sukar dipintas oleh mana-mana pihak kerana penggunaan bandwith yang tinggi. Cuma mereka perlu meyakinkan Afiq dan Nur Fatihah menyerahkan password kepada mereka sebagai krew pada malam tersebut.

Fasya telah didatangi oleh Mr White yang menawarkan USD30 juta sekiranya Fasya dapat menyerahkan program Virtual Satellite kepada organisasi mereka yang berlindung di bawah Juice Foundation.

Nur Fatihah mendapat satu mesej peribadi di dalam inbox dari syairqolbu@kasyaf.com tentang puisi yang ditulis oleh Rahmat sewaktu dia menghilangkan diri. Nur Fatihah meminta Afiq tidak mempermainkannya kerana menyangka Afiq yang menghantar mesej tersebut tetapi dinafikan oleh Afiq. Afiq lalu memeriksa pemilik email tersebut dan didapati telefon bimbit itu didaftar di Russia. Afiq memeriksa lokasi telefon bimbit tersebut dan didapati berada di tengah lautan hindi. Afiq dan Nur Fatihah termenung sesama sendiri kerana tidak ada orang lain yang tahu berkenaan puisi yang ditulis oleh Rahmat tersebut melainkan mereka berdua.

Sewaktu Afiq sedang mencipta lagu baru untuk persembahannya tidak lama lagi, Afiq mendapat mesej dari syairqolbu@kaysaf.com rakaman audio sebuah melodi dan puisi bertajuk Syair Qolbu-Jalan Cahaya. Afiq tersenyum dan dia sudah dapat mengenali siapa syairqolbu tersebut.

Di malam persembahan Afiq bersama kumpulan muzik indienya, Afiq telah mendapat sokongan padu dari peminat-peminatnya. Lagu akhir didedikasikan kepada seorang yang dianggap abang yang telah banyak mengajarnya tentang kejayaan dan mengurus kejayaan. Lagu yang bertajuk Syair Qolbu Jalan Cahaya didendangkan…

Rahmat muncul dari belakang konti dan pusat penyiaran media Kasyaf Communications dan menghalang Sanusi dan Fasya dari meneruskan matlamat dan rancangan mereka. Berlaku konflik dan Rahmat tetap tegas tidak mahu lagi Virtual Satellite disalah gunakan untuk kekerasan dalam menegakkan perjuangan dakwah Islamiah mereka.

Catatan popular daripada blog ini

KASYAF THE MOVIE | Sinopsis 2 - Ubahsuai

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 1 - 5

KASYAF THE MOVIE | Skrip Babak 6 - 11